KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes penyeludupan dadah menggunakan dron ke dalam penjara. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, siasatan akan ditumpukan sama ada kegiatan itu turut melibatkan individu-individu tertentu. “Sindiket ini cuba untuk kaburkan mata pihak polis dengan menggunakan dron masukkan dadah ke dalam penjara. “Kita akan siasat, sama ada berlaku salah laku…