SHAH ALAM: Kerajaan negeri membuat permohonan peruntukan baharu bagi pembinaan tebatan banjir di Hulu Langat dan Sungai Buloh sebagai projek yang dikategorikan sebagai berkeutamaan tinggi berjumlah keseluruhan RM1.2 bilion. Projek tersebut dijangka memakan masa selama lima tahun melibatkan Rancangan Tebatan Banjir Langat 2 bernilai kira-kira RM500 juta dan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh Fasa 2 berjumlah RM780 juta. Exco Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim berkata, kedua-dua projek tersebut dikategorikan sebagai…