Rokok seludup: RM190.53j hasil kerajaan diselamatkan

Rokok seludup: RM190.53j hasil kerajaan diselamatkan

ANIS RIZANA MOHD. ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyelamatkan RM190.53 juta hasil kerajaan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini susulan penguatkuasaan ketat terhadap kes penyeludupan dan penjualan rokok tidak sah di negara ini.

Jumlah ini diperoleh selepas 1,177 kes dilumpuhkan JKDM dengan nilai rampasan hampir RM21.47 juta.

Ketua Pengarahnya, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, angka ini memberi gambaran jelas bahawa pihak­nya komited memastikan ke­selamatan di pintu-pintu masuk sempadan negara sentiasa dikawal dengan ketat bagi mengurangkan aktiviti penyeludupan.

Kata beliau, keadaan ini dikuatkan lagi dengan kajian oleh Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) yang mendapati kadar penyeludupan rokok seludup di negara ini menurun daripada 56.6 peratus pada 2023 kepada 54.8 peratus (Mei 2024).

“JKDM terus memperhebat usaha bagi membanteras ketirisan hasil negara. Kita boleh lihat, berdasarkan jumlah kes rampasan komoditi rokok sehingga Mei lalu menunjukkan sejumlah 1,177 kes dengan nilai hampir RM21.47 juta dengan menyelamatkan cukai terlibat sebanyak RM190.53 juta.

“Berbanding tempoh sama bagi tahun lalu, iaitu sebanyak 1,533 kes dengan nilai dan cukai direkodkan berjumlah RM7.25 juta dan RM60.99 juta,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Anis Rizana berkata, JKDM tidak menafikan masih mengesan wujud setem cukai palsu digunakan sindiket rokok untuk mengaburi aktiviti penyeludupan mereka seperti yang diutarakan daripada kajian Nielsen Illegal Cigarettes Study.

Beliau berkata, namun isu setem cukai palsu di pasaran negara masih terkawal selepas pemantauan, pembanterasan dan penangkapan ke atas penyeludup produk-produk rokok tersebut diperhebat serta dilakukan secara berterusan.

“Pada masa ini, setem cukai yang digunakan adalah berbentuk fizikal iaitu setem cukai bercetak. Terdapat banyak ciri ke­selamatan sama ada berbentuk overt, covert dan forensik untuk pengguna dan pihak penguatkuasaan membezakan antara setem cukai palsu atau tulen.

“Kita (JKDM) sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan ciri-ciri keselamatan setem cukai terkini dan lebih baik bagi me­ngurangkan keupayaan pihak tertentu untuk meniru dan membuat setem-setem palsu yang berada di pasaran,” jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai cadangan pelaksa­naan multi year tax calendar bagi produk tembakau, Anis Rizana berkata, secara dasarnya produk-produk berkaitan tembakau termasuk rokok telah dikenakan duti import, duti eksais dan cukai jualan mengikut kadar ditetapkan kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN