Kerajaan tidak cadang gabung LHDN, JKDM wujudkan Agensi Percukaian Tunggal - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak cadang gabung LHDN, JKDM wujudkan Agensi Percukaian Tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menggabungkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi mewujudkan Agensi Percukaian Tunggal buat masa ini.

Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan akan terus menambah baik tadbir urus sistem kutipan hasil cukai menerusi kedua-dua agensi itu, termasuk melalui perkongsian maklumat dan penguatkuasaan bersama, bagi meningkatkan kecekapan serta kemampanan usaha menangani ketirisan hasil.

“Di samping itu, Kementerian Kewangan sentiasa bekerjasama dengan badan antarabangsa seperti Kumpulan Bank Dunia (WBG) bagi menambah baik model percukaian negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sesi libat urus dengan pakar percukaian tempatan turut diadakan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan cadangan untuk menambah baik dasar sistem percukaian negara,” menurut kementerian menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Dewan Rakyat, hari ini.

Kementerian menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai cadangan mewujudkan Agensi Percukaian Tunggal melalui penggabungan LHDN dan JKDM serta sejauh mana langkah itu mampu meningkatkan kecekapan kutipan hasil negara, membendung ketirisan cukai dan mengurangkan kos pematuhan bagi komuniti perniagaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini