Raja Thailand perkenan Paetongtarn jadi Perdana Menteri

Raja Thailand perkenan Paetongtarn jadi Perdana Menteri

PAETONGTARN SHINAWATRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Raja Thailand,  Raja Maha Vajiralongkorn memperkenalkan Ketua Pheu Thai, Paetongtarn Shinawatra sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Memetik laporan Channel News Asia (CNA), pengisytiharan itu dibacakan oleh  Setiausaha Dewan Rakyat, Apat Sukhanand dalam satu upacara khas di Bangkok.

Memakai baju rasmi, Paetongtarn memberi penghormatan kepada potret Raja Vajiralongkorn sebelum memberikan ucapan ringkas berterima kasih kepada Raja Thailand dan wakil rakyat kerana menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

“Sebagai ketua cabang eksekutif, saya akan menjalankan tugas bersama-sama penggubal undang-undang dengan hati terbuka. Saya akan mendengar semua pendapat supaya bersama-sama kita boleh membawa negara ke hadapan dengan stabil,” katanya.

Paetongtarn, 37, menjadi Perdana Menteri termuda Thailand hanya beberapa hari selepas Srettha Thavisin dipecat Mahkamah Perlembagaan.

Jumaat lalu, Parlimen Thailand memilih Paetongtarn sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Paetongtarn, yang bapa dan ibu saudaranya pernah berkhidmat sebagai perdana menteri, adalah pemimpin termuda dalam sejarah kerajaan Raja Berperlembagaan Thailand.

Beliau menjadi Perdana Menteri wanita kedua kerajaan selepas ibu saudaranya, Yingluck Shinawatra, dalam undian terpaksa diadakan selepas Mahkamah Perlembagaan kerajaan memecat Perdana Menteri sebelum ini Srettha.

Beliau didapati bersalah kerana melantik Pichit Chuenban, bekas peguam dikaitkan dengan keluarga Thaksin yang mempunyai sabitan jenayah, sebagai menteri Kabinet.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×