PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) perlu dipantau lebih dekat supaya ia berjaya memartabatkan bumiputera dan rakyat keseluruhannya tanpa meminggirkan kaum lain. Justeru, Pelaksanaan PuTERA35 akan dipantau sepenuhnya oleh Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan sendiri Perdana Menteri yang bakal menjadi dokumen baharu untuk mengangkat darjat dan martabat bumiputera dalam tempoh 10 tahun akan datang. Pelaporan dan pemantauan secara sistematik dan bersepadu melalui…










