Polis masih tunggu laporan penuh bedah siasat Nur Farah Kartini

Polis masih tunggu laporan penuh bedah siasat Nur Farah Kartini

KETUA Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (kiri) dan Asisten Komisioner Sharulnizam Jaafar ketika sidang media pada Majlis Pelupusan Barang Kes IPD PJ di Balai Polis Ara Damansara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih menunggu laporan analisis lengkap keputusan bedah siasat berhubung punca sebenar kematian graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dibunuh bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis masih menunggu pihak hospital mengeluarkan laporan lengkap analisis bedah siasat itu.

“Laporan bedah siasat yang lengkap belum diterima kita masih menunggu daripada pihak hospital untuk laporan yang lengkap,” katanya dalam sidang akhbar dalam Majlis Pelupusan Barang Kes Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di Balai Polis Ara Damansara di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan punca sebenar kematian Nur Farah Kartini, 25, belum dapat dipastikan sehingga polis menerima laporan analisa makmal.

Hussein sebelum ini dilaporkan berkata, proses bedah siasat selesai dijalankan oleh pakar patologi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB).

Katanya, keputusan bedah siasat diklasifikasikan sebagai ‘pending laboratory investigation’ (menunggu siasatan makmal).

Mayat graduan Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian daripada UPSI itu ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di Hulu Selangor, pada 15 Julai lalu, iaitu enam hari selepas mangsa dilaporkan hilang.

Pada 26 Julai lalu, anggota polis Balai Slim River, Lans Koperal Muhammad Alif Monjani didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hussein juga dipetik berkata, siasatan kes itu telah selesai dan perselisihan perhubungan dipercayai adalah punca gadis kelahiran Sarawak itu dibunuh.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai sebelum mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, kira-kira pada 6 petang, lima hari kemudian.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN