JOHOR BAHRU: Polis masih menjalankan siasatan motif sebenar pembunuhan pasangan suami isteri warga emas dan cucu mereka di Kampung Paya Redan di Pagoh, Jumaat lalu. Justeru, Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat tentang kejadian berkenaan. Malah, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini. “Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan…










