TENOM: “Semasa kes Ebit belum terdedah dalam laman media sosial, kami tidak terfikir hendak buat laporan. Suami kata jangan dulu lapor, kami anggap kami bukan siapa-siapa,”. Demikian keterangan saksi kesembilan iaitu pengadu dalam kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, semasa sesi pemeriksaan balas di Mahkamah Majistret hari ini. Saksi memberitahu mahkamah bahawa pada awalnya dia tidak terfikir untuk membuat laporan…










