NEW YORK: Agensi penarafan kredit, Fitch menurunkan penarafan kredit Israel kepada A dari A+, berikutan risiko geopolitik yang semakin buruk seiring dengan berterusan konflik di Gaza.
Agensi itu yang beribu pejabat di New York dan London semalam dalam satu kenyataan memaklumkan, berdasarkan situasi semasa di Gaza, penilaian kredit itu boleh berkurang lagi pada masa depan.
“Kami menjangkakan konflik di Gaza akan berterusan sehingga tahun depan.
“Penurunan penarafan berikutan perang dan risiko geopolitik yang adalah sesuatu yang wajar,” kata Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich di platform sosial, X.
Agensi penarafan itu menjangka Israel akan meningkatkan perbelanjaan ketenteraan secara kekal hampir 1.5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) berbanding sebelum perang bagi tujuan mengukuhkan pertahanan sempadannya.
“Kewangan awam Israel terjejas dan kami meramalkan defisit bajet sebanyak 7.8 peratus daripada KDNK pada tahun ini.
“Hutang Tel Aviv kekal di atas 70 peratus daripada KDNK dalam jangka sederhana,” jelas Fitch.
Fitch turut meramalkan hutang Israel akan terus meningkat selepas tahun depan jika perbelanjaan ketenteraan yang lebih tinggi dibuat dan ketidakpastian ekonomi yang berterusan.
Semalam, matawang Israel, Shekel jatuh sebanyak 1.7 peratus berbanding dolar dan saham-saham ditutup lebih rendah pada satu peratus di Tel Aviv ketika pelabur bimbang mengenai kemungkinan serangan terhadap tentera Israel.-REUTERS










