PETALING JAYA: Pasukan memanah berkuda negara berjaya menamatkan penantian dua tahun untuk meraih pingat dalam Kejohanan The Center of National Equestrian Traditions International Cup 2024 di Rusia, baru-baru ini. Persekutuan Memanah Berkuda Malaysia (MHAF) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, Malaysia yang diwakili Nasrul Kamarulzaman dan Safwan Abdul Rashid masing-masing meraih gangsa dalam kategori Masahee. Malaysia berjaya meraih pingat gangsa selepas ditewaskan Iran dan Turkiye yang merupakan johan serta naib johan…