Pelumba jet ski terjatuh di Sungai Terengganu ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Pelumba jet ski terjatuh di Sungai Terengganu ditemukan lemas

ANGGOTA bomba mengangkat mayat Abdullah Abdul Mubin yang ditemukan lemas di Sungai Terengganu dekat TTI, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pelumba jet ski yang terjatuh di Sungai Terengganu berdekatan
Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, ditemukan lemas selepas lebih 24 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan, hari ini.

Mayat Abdullah Abdul Mubin, 44, dijumpai pasukan SAR kira-kira pukul 9.28 pagi tadi pada jarak 500 meter dari pos kawalan operasi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, berkata, operasi hari ini disertai 80 pegawai dan anggota pelbagai agensi serta orang awam.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

“Operasi melibatkan 46 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Laut serta 34 orang awam.

“Pasukan SAR turut menerima bantuan tambahan dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM bagi membantu operasi hari kedua bermula pukul 8.30 pagi tadi.

“Mayat mangsa berjaya ditemukan kira-kira sejam kemudian pada jarak 500 meter dari pos kawalan sebelum dihantar ke HSNZ untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian 8.15 pagi semalam, Abdullah dilaporkan terjatuh ketika sedang menguji jet ski di Sungai Terengganu berhampiran Masjid Kristal, TTI.

Mangsa dikatakan sempat berpaut pada jentera berkenaan dan cuba berenang ke tebing untuk menyelamatkan diri namun gagal sebelum tenggelam ke dalam sungai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN