KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai dan anggota maritim cedera selepas dilibas nelayan Vietnam yang bersenjatakan objek tajam ketika Op Naga Barat di sempadan perairan negara, semalam. Menurut Pengarah Maritim Malaysia Negeri Terengganu, Kepten Maritim Khairul Anuar Abd. Majid, kejadian menyebabkan mangsa cedera di bahagian rusuk kiri, tangan serta kaki. Beliau berkata, insiden berlaku kira-kira pukul 6.45 petang ketika kapal peronda KM Rawa cuba menahan bot Vietnam yang menceroboh perairan negara pada jarak 125 batu nautika dari Kuala Terengganu. Selain itu, menurut Khairul Anuar, pihaknya juga mengesan sebuah kapal penguat kuasa Vietnam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya