Olimpik 2024 pentas penyatuan rakyat, hapus tembok perbezaan

Olimpik 2024 pentas penyatuan rakyat, hapus tembok perbezaan

Aaron Chia-Soh Wooi Yik
BEREGU lelaki negara Soh Wooi Yik-Aaron Chia meraikan kemenangan dalam perlawanan suku akhir badminton beregu lelaki menentang India semasa Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte de la Chapelle di Paris pada 1 Ogos,- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kejohanan Sukan Olimpik 2024 yang berlangsung di Paris membuktikan penyatuan rakyat melalui sukan boleh menjadi wadah perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, biarpun berlainan fahaman politik, agama dan bangsa, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan ketika menyokong pasukan Malaysia di pentas dunia.

Lebih-lebih lagi, katanya, situasi itu dapat dilihat di platform media sosial menerusi sokongan dan dukungan yang diberikan oleh rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama dan budaya kepada para atlet negara.

“Perpaduan sememangnya kekuatan kita! Saya harap momentum positif ini dapat teruskan sempena Bulan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Jadikan platform media sosial bagi menyebarkan bunga-bunga perpaduan dan keharmonian. Media sosial mampu menjadi platform terbaik dalam memupuk semangat perpaduan, kebersamaan, muhibbah dan integrasi nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aaron berkata, kebudayaan masyarakat Malaysia walaupun berbeza, mempunyai asas yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah lebih baik.

Jelasnya, penghayatan nilai-nilai murni oleh masyarakat majmuk perlu diteruskan terutamanya yang terdapat dalam ajaran agama masing-masing.

“Gunakan media sosial untuk kebaikan bersama. #cakapbaikbaik di mana jua!” katanya. –

Sukan Olimpik Paris 2024 melabuhkan tirainya hari ini sejak bermula 26 Julai lalu. Temasya edisi ke-30 ini menjadi penyertaan ke-15 bagi kontinjen Malaysia sejak penganjuran pada 1964.

Seramai 26 orang atlet Malaysia berentap pada kejohanan itu melibatkan 10 jenis sukan seperti terjun, renang, sukan pelayaran, menembak, berbasikal, angkat berat, badminton, golf, dan olahraga.

Malaysia meraih pingat gangsa menerusi atlet badminton negara, Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan detik pertarungan mereka demi merangkul kejuaraan itu menjadi saksi semua rakyat Malaysia bersorak memberikan sokongan kepada pasukan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya