KUANTAN: Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah wang Persatuan Bola Keranjang Amatur Kuantan (KABA) berjumlah RM15,950. Yap Kim Heng, 62, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Maimoonah Aid. Mengikut kertas pertuduhan, Kim Heng sebagai seorang ejen iaitu Timbalan Pengerusi KABA didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta iaitu cek bernilai antara RM1,350 hingga…