Modi desak tindakan tegas terhadap pelaku pembunuhan doktor

Modi desak tindakan tegas terhadap pelaku pembunuhan doktor di Kolkata

DOKTOR dan aktivis memegang poster dan lilin ketika mereka mengambil bahagian dalam protes tengah malam untuk mengutuk rogol dan pembunuhan seorang doktor muda, di Kolkata pada 14 Ogos 2024-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi menuntut supaya tindakan tegas diberikan terhadap mereka yang terlibat dalam insiden pembunuhan seorang doktor di Kolkata, Bengal Barat.

Tambah beliau, tindakan pembunuhan tersebut dianggap sebagai suatu jenayah yang tidak boleh dimaafkan dan menggesa supaya hukuman keras dikenakan terhadap pelaku jenayah yang melakukan perbuatan keji terhadap kaum wanita.

“Terdapat kemarahan kerana kekejaman yang dilakukan terhadap ibu dan saudara perempuan kita, terdapat kemarahan sangat besar sedang terjadi dalam negara pada mengenai perkara itu.

“Jenayah terhadap wanita harus segera disiasat untuk memastikan tingkah laku yang mengerikan terhadap wanita harus dihukum berat dan cepat,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Kemerdekaan di New Delhi pada hari ini.

Sementara itu, ribuan orang turun ke jalan di Kolkata bagi mengutuk perbuatan merogol dan pembunuhan itu susulan penemuan jasad seorang doktor yang dibunuh dengan kejam di sebuah hospital kerajaan.

Selain itu, demonstrasi juga meletus di seluruh India menggesa supaya persekitaran selamat disediakan untuk kaum wanita dan juga menggesa supaya mereka yang terlibat dengan pembunuhan tersebut dihukum dengan segera.

Bantahan juga terjadi di beberapa hospital lain di seluruh negara, termasuk di ibu negara

Manakala doktor yang berkhidmat di hospital kerajaan di beberapa buah negeri telah menghentikan perkhidmatan buat selama-lamanya, di mana mereka menuntut supaya keadilan yang cepat dapat diberikan kepada mangsa yang dibunuh serta keselamatan di tempat kerja yang lebih baik dan terjamin. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN