KANGAR: Kemerdekaan bukan sekadar satu rutin sambutan tahunan sebaliknya ia mengingatkan seluruh rakyat mengenai nikmat keamanan dan kestabilan sebuah negara bangsa. Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sebagai tanda kesyukuran, nikmat kemerdekaan tersebut mestilah diisi dengan menghayati dan memahami akan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia yang berdaulat. Titah baginda, dalam menghayati erti kemerdekaan, seluruh warganya perlu mengelakkan daripada terlibat dengan sebarang anasir yang boleh mengganggu gugat kedaulatan…