Melatah sebut perkataan kurang enak

Melatah sebut perkataan kurang enak

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Melatah sebut perkataan kurang enak

Soalan
Ada segelintir kita yang mempunyai tabiat melatah dan menyebut perkataan-perkataan tertentu secara spontan atau tidak sengaja, malah sampai mencarut, Benarkah menurut pandangan Islam, mereka yang tidak dapat mengubah tabiat tersebut akan mati dengan keadaan yang sama dia melatah dengan menyebut perkataan berkenaan?

Insan keliru
Serdang

JAWAPAN
Melatah yang betul-betul melatah mungkin tidak ada apa-apa implikasi hukum. Namun apa yang dibimbangi ia sengaja dilakukan untuk menarik perhatian. Perbuatan ini perlu dirawat dan tidak dapat diterima carutan itu keluar.

Influencer guna elemen agama cari perhatian

Soalan
Perkembangan teknologi Internet dan digital masa kini mendorong ramai daripada kita terjebak sebagai influencer (pempengaruh) dan menyebut atau menjaja elemen-elemen agama bagi mencari perhatian dan pengaruh. Ada yang menyebutnya penunggang agama. Dakwaan keterlaluan ini boleh menyebabkan fitnah kepada agama. Apa pandangan ustaz?

Ingin penjelasan
Kajang

JAWAPAN
Hukum teknologi adalah mempunyai dua wajah. Kalau digunakan untuk kebaikan maka baiklah ia. Sekiranya digunakan untuk keburukan maka buruklah ia. Penggunaan alat moden ini dalam media sosial mengambil hukum seperti orang bercakap atau berkongsi keburukan. Kalau dia menulis dan menyiarkan sesuatu yang salah dan jijik maka hukumnya adalah salah dan berdosa.

Ghibtah atau dengki

Soalan
Kita diharamkan dengki dalam agama bagi mencari sesuatu yang baik iaitu berusaha bersungguh-sungguh untuk bersaing. Kita dilarang dengki tetapi dibenarkan ghibtah. Bagaimana hendak membezakan antara dengki dan ghibtah?

Karem
Johor Bahru

JAWAPAN
Dengki adalah tabiat yang ada dalam diri manusia. Sekiranya terdapat unsur dengki yang mengharap orang lain jatuh maka dinamakan hasad dan ia terlarang. Sekiranya dengki itu hanya dalam bentuk ingin jadi macam orang tersebut tanpa ada niat buruk maka dinamakan ghibtah dan ia harus.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN