KUALA LUMPUR : Selebriti media sosial dan madu kepada Marissa Dania, Umisya Mazlan, menjelaskan, tindakannya membuat siaran langsung di Tik Tok bersama suaminya, Ahmad Aslam, semalam atas keperluan mempromosikan produknya.
Menurut Umisya dalam siaran langsung tersebut, dia berbuat demikian kerana sudah menetapkan tarikh semalam untuk tujuan tersebut.
Jelas Umisya lagi, dia berharap semua warganet tidak bercakap mengenai perkara lain yang tiada kaitan dengan produk jualannya.
“Misya nak cakap, kami buat live malam ini (semalam) untuk promosikan barangan dan ia juga kerana hari ini adalah tarikh yang memang kena keluarkan produk.
“Jadi bukanlah untuk ambil kesempatan atau apa. Untuk live malam ini, Misya kena ikut tarikh yang Misya nak lancarkan produk Misya. Kebetulan ada perkara-perkara yang terjadi.
“Anda semua janganlah kaitkan apa-apa perkara yang di luar live ini tau,” katanya.
Menerusi sesi tersebut juga, Umisya memberitahu dia ada menyediakan hadiah untuk sesiapa yang membuat pembelian awal produknya.
Bagaimanapun, Umisya menegaskan hadiah yang diberikan bukanlah Aslam seperti yang dikatakan netizen di ruang komen siaran langsung tersebut.
“Hadiah dapat Aslam? Alahai, tak naklah bagi Aslam sebabnya tak worth it ( tak berbaloi). Hadiah dia, kita bagi yang diperlukan semua,” katanya
Pada Sabtu lalu, Marissa dilaporkan dikejarkan ke sebuah hospital apabila mengadu sakit perut selepas menghadiri sebuah acara pelancaran produk.
Susulan itu, Marissa, 19, dilaporkan bersalin ketika usia kandungannya berusia enam bulan namun bayi pra matang dilahirkan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.
Perkara itu turut disahkan oleh suami Marissa iaitu Ahmad Aslam yang juga memohon orang ramai mendoakan keadaan isterinya ketika ini.











