Maimunah teruskan kegemilangan Kuala Lumpur

Maimunah teruskan kegemilangan Kuala Lumpur

MAIMUNAH MOHD. SHARIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penasihat kepada Majlis Antarabangsa Inisiatif Alam Sekitar Tempatan (ICLEI), Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd. Sharif menjadi wanita pertama dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur, berkuat kuasa, esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, pelantikan itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Beliau berkata, pelantikan Maimunah itu akan dapat meneruskan kesinambungan pembangunan, kecemerlangan dan kegemilangan berterusan Kuala Lumpur.

Maimunah, 63, berkelulu­san Ijazah Sarjana Muda Sains (Perancangan Bandar) dari University of Wales Institute of Science and Technology, United Kingdom sebelum melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Sains (Perancangan Bandar) di Universiti Sains Malaysia.

Maimunah juga mempunyai pengalaman yang luas malah pernah menjadi Pe­ngarah Eksekutif Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) yang berpusat di Nairobi, Ke­nya, selama enam tahun.

“Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai serta pernah menjadi Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).

“Dengan pengalaman selama 39 tahun dalam peranca­ngan bandar, penjanaan semula bandar dan pembangunan yang diterajui komuniti, beliau adalah individu yang bertanggungjawab mengembalikan kedudukan UN-Habitat sebagai peneraju pemikiran dalam perbandaran mampan.

“Beliau juga pernah diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama Secretary-General’s Task Force on the Future Cities dan Pengerusi Bersama Local 2030 Coalition,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×