PETALING JAYA: Penasihat kepada Majlis Antarabangsa Inisiatif Alam Sekitar Tempatan (ICLEI), Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd. Sharif menjadi wanita pertama dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur, berkuat kuasa, esok. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, pelantikan itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Beliau berkata, pelantikan Maimunah itu akan dapat meneruskan kesinambungan pembangunan, kecemerlangan dan kegemilangan berterusan Kuala Lumpur. Maimunah, 63, berkelulusan Ijazah…