Mahkota: SPR bermesyuarat 13 Ogos ini

Mahkota: SPR bermesyuarat 13 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri Undangan (DUN) Mahkota, Johor.

Setiausahanya, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota akan diadakan pada 13 Ogos ini bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya berkenaan.

“SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mengenai kekosongan luar jangka kerusi itu berikutan kematian penyandangnya, Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

“Berdasarkan Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895, Bahagian Kedua Fasal (5) Perkara 23, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari SPR menerima pemakluman telah berlakunya kekosongan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sharifah Azizah, 63, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, pukul 12.32 tengah hari kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN