KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) sedia memberi laluan kepada parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan yang menjadi penyandang di mana-mana kerusi bakal diadakan pilihan raya. Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pendirian itu berdasarkan amalan sepanjang enam pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini. “Walaupun begitu pendirian ini bukanlah muktamad. “Amanah bersedia untuk bertanding dalam mana-mana PRK jika dipersetujui bersama oleh parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan, hari…