HULU TERENGGANU: Madrasah Darul Zahraa Wal Tahfizil Qurandi Kampung Dura, dekat sini, mengusahakan tanaman anggur dan strawberi berkonsepkan hidroponik untuk menjana ekonominya. Pengasas madrasah itu, Muhammad Abdullah berkata, tanaman tersebut diusahakan di atas bumbung bangunan setinggi tiga tingkat itu bermula September tahun lalu dan proses tuaian pertama dijangka awal September ini. Katanya, projek tanaman itu dibangunkan dengan modal permulaan sebanyak RM50,000 yang melibatkan 50 varieti anggur dan 11 varieti strawberi.…










