‘Maaf, belum sedia kongsi status hubungan’

‘Maaf, belum sedia kongsi status hubungan’

SUFIAN SUHAIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan, Sufian Suhaimi mencetuskan tanda tanya selepas videonya menghadiri bengkel membuat cincin bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Rania tular dalam media sosial, semalam.

Sufian, 31, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai maksud video tersebut selain menyatakan belum bersedia berkongsi status terkini hubu­ngan mereka kepada khalayak.

“Buat masa sekarang saya belum boleh kongsikan status hubungan saya dan Rania.

“Minta maaf ya,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, penyanyi Terasa Ada itu mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kebahagiaannya dan Rania.

“Alhamdulillah, siapa yang tidak gembira bila dapat kata-kata yang baik. Saya juga gembira ada yang mahu doakan perkara baik,” katanya.

Sebelum ini, dalam satu vi­deo, Sufian dan Rania dilihat memakai baju sedondon berwarna biru semasa menghadiri bengkel membuat cincin.

Video tersebut menimbulkan persoalan memandangkan Sufian pernah memaklumkan hubungannya bersama Rania sudah berakhir April lalu.

Bukan itu sahaja, mereka juga tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Terdahulu, pada Oktober 2023, Sufian menghantar rombongan merisik menyatakan hasrat mahu membawa hubungannya dan Rania ke arah lebih serius. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN