KUALA LUMPUR: Seorang pembantu penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didenda RM13,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan menerima suapan bagi melindungi premis yang menggunakan lesen Ali Baba. Tertuduh, Syahrul Riza Md. Yusof, 42, yang pembantu penguatkuasa DBKL di bahagian perkhidmatan penguatkuasa Seksyen Pasar DBKL membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. Mengikut kelima-lima pertuduhan itu, tertuduh didakwa mendapatkan…