Lelaki rentung dalam kebakaran kereta - Utusan Malaysia

Lelaki rentung dalam kebakaran kereta

KEADAAN kereta yang terbakar dalam kemalangan di Teluk Intan semalam. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang lelaki rentung selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Teluk Intan-Kuala Bikam, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 10.35 malam.

Katanya, sepasukan 12 anggota diatur gerak ke lokasi kejadian bersama dua jentera.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Honda City membabitkan kemusnahan 98 peratus di mana terdapat seorang mangsa yang rentung akibat kebakaran tersebut.

“Pasukan kemudian membuat pemadaman dengan menggunakan aliran air sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Ismail berkata, operasi hampir dua jam itu turut dibantu pasukan dari BBP Bidor.

“Mangsa yang rentung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN