TELUK INTAN: Seorang lelaki rentung selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Teluk Intan-Kuala Bikam, di sini semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 10.35 malam. Katanya, sepasukan 12 anggota diatur gerak ke lokasi kejadian bersama dua jentera. “Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Honda City membabitkan kemusnahan 98 peratus di mana terdapat seorang…










