Lee Jung Jae saman balas RaemongRaein - Utusan Malaysia

Lee Jung Jae saman balas RaemongRaein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Syarikat Artist United memfailkan saman fitnah dan penipuan terhadap syarikat produksi terkemuka, RaemongRaein.

Tindakan itu sebagai serangan balas terhadap dakwaan penipuan yang difailkan syarikat produksi berkenaan terhadap pemegang saham terbesar Artist United yang juga pelakon, Lee Jung Jae.

“Adalah tidak munasabah apabila Ketua Pegawai Eksekutif RaemongRaein, Kim Dong Rae menyaman syarikat kami sedangkan pihaknya yang gagal melunaskan tuntutan seperti yang dipersetujui dalam kontrak,” kata Lee Jung Jae menerusi wakil.

Terdahulu, Dong Rae menyaman Jung Jae kerana pelakon itu dikatakan gagal melunaskan janjinya untuk membenarkan RaemongRaein menggunakan rangkaiannya, selain membawa pelaburan dari Amerika Syarikat dan peluang penggabungan dengan label hiburan gergasi Korea.

Artist United bagaimanapun menepis dakwaan-dakwaan tersebut dan menegaskan Dong Rae sekadar menabur janji palsu dan melanggar perjanjian apabila enggan memindahkan pemilikan saham selepas menerima semua yang dijanjikan Artist United.

Selain itu, Dong Rae juga didakwa telah menghasut 12 pemegang saham RaemongRains untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Artist United atas tuduhan cubaan memiliki saham syarikat produksi itu melalui jalan penipuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×