Lawatan pertama Menteri Luar Brazil ke Malaysia perkukuh hubungan dua negara

Lawatan pertama Menteri Luar Brazil ke Malaysia perkukuh hubungan dua negara

WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Luar Negeri Brazil, Mauro Vieira mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini dalam usaha mengukuhkan kerjasama antara dua negara.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak menyandang jawatan sebagai Menteri Luar pada 1 Januari 2023.

Dalam rangka lawatan ini, beliau dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pertemuan dua hala dengan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Kedua-dua Menteri Luar Negeri dijangka membincangkan kerjasama sedia ada antara kedua-dua buah negara, termasuk perdagangan dan pelaburan, industri halal dan hubungan antara rakyat. 

“Kedua-dua pihak juga akan bertukar-tukar pendapat mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” katanya di sini hari ini.

Brazil merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Amerika Latin. 

Pada 2023, Malaysia dengan Brazil mencatatkan jumlah dagangan sebanyak RM17.46 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 4 peratus berbanding RM16.86 bilion yang dicatatkan pada tahun 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN