IPOH: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera terkena tembakan ketika menjalani latihan menembak di lapang sasar Kompleks Latihan Tempur Jarak Dekat (CQB) VAT 69 Komando, Ulu Kinta dekat sini, Selasa lalu. Kejadian sekitar pukul 2.15 petang itu menyebabkan anggota berusia 27 tahun itu cedera di tepi telinga kiri. Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, berdasarkan siasatan, kejadian berlaku apabila seorang pegawai kanan polis berpangkat inspektor telah terlepas…










