Kurang kelas, kewangan punca murid tidak sertai KAFA

Kurang kelas, kewangan punca murid tidak sertai KAFA

AMINUDDIN Harun menjawab pertanyaan pada persidangan kedua penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kekurangan kelas yang sesuai dan kekangan kewangan keluarga dikenal pasti punca utama murid Islam di negeri ini tidak mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, masalah itu berlaku di seluruh negeri  terutama di bandar Seremban.

Katanya, berdasarkan data terkini daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPNNS), jumlah murid Islam yang tidak mengikuti KAFA di negeri ini adalah seramai 9,402 orang. 

“Antara faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada masalah itu ialah ketiadaan guru dan tempat.

“Selain itu, kekangan kewangan keluarga untuk menghantar anak ke kelas KAFA berikutan jarak yang jauh antara rumah dan sekolah sekaligus melibatkan penambahan kos pengangkutan,” katanya menjawab pertanyaan Mohd. Fairuz Mohd. Isa (PN-Serting) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Menurutnya, seramai 2,130 orang dilantik sebagai guru KAFA berdasarkan kuota terkini yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Secara umumnya terdapat 321 premis KAFA berdaftar di negeri ini dengan pecahan 214 Kelas Agama Petang (KAP) di premis Kementerian Pendidikan, Sekolah Agama Rakyat (SAR)(56 kelas) dan KAFA swasta (51 kelas),” jelasnya, menambah, jumlah pelajar di negeri ini adalah seramai 59,401 orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN