IPOH: Polis sedang menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk membuka semula siasatan berhubung kematian pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), J. Soosaimanicckam yang diputuskan sebagai kes homisid oleh Mahkamah Tinggi. Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya maklum tuntutan berkenaan dibuat keluarga mendiang menerusi memorandum oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang diserahkan semalam. “Kes tersebut sebelum ini telah dirujuk ke Mahkamah Tinggi dan memorandum juga sudah…










