Kes pembunuhan Istiqomah: Polis Perak sedia bantu Kontinjen Melaka - Utusan Malaysia

Kes pembunuhan Istiqomah: Polis Perak sedia bantu Kontinjen Melaka

AZIZI Mat Aris dalam sidang akhbar pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di IPK Perak, Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis Perak sedia membantu Kontinjen Melaka dalam siasatan kes pembunuhan kejam seorang guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang mayatnya ditemukan tanpa kepala di dalam tong sampah di Melaka.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia sekiranya terdapat pemintaan daripada pegawai penyiasat dari Kontinjen Melaka yang mengetuai siasatan.

“Bergantung kepada pegawai penyiasat di Melaka, kalau mereka mendapati ada ‘link’ (bukti kes) di Perak, sudah tentu kita akan bantu.

“Setakat ini belum lagi. Sekiranya diminta kita akan beri kerjasama kepada mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Terdahulu, pasangan suami isteri berusia 36 dan 37 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Melaka dengan kerjasama JSJ Johor di Chemor dekat sini minggu lalu.

Tangkapan terhadap kedua-dua suspek itu bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita yang disumbat ke dalam tong sampah sebelum dibuang ke dalam longkang di kawasan Kampung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka pada 31 Disember 2023.

Penahanan itu kemudiannya membawa kepada penemuan anggota badan lain mangsa seperti tulang jari dan tengkorak kira-kira lima hingga enam kilometer dari mayat wanita itu dijumpai.

Siasatan awal mendapati suspek lelaki merupakan kenalan mangsa dan berhubung dengan wanita itu atas urusan pelaburan mata wang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×