KUALA LUMPUR: Kertas siasatan membabitkan laporan portal MalaysiaKini yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang rombakan besar-besaran melibatkan pertukaran pegawai tertingginya, diserahkan kepada pejabat Peguam Negara (AGC) minggu ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan berkaitan kes tersebut. “Setakat ini empat individu dipanggil termasuk tiga wartawan portal terbabit. “Jadi, kertas siasatan akan diserah kepada AGC dalam minggu ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas…









