PETALING JAYA: Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri bakal menjadi suntikan moral untuk Kerajaan Perpaduan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan tersebut adalah penzahiran rakyat yang semakin menyesuaikan diri dengan gelombang perubahan di bawah Kerajaan Madani selaras dengan petanda lonjakan ekonomi negara yang kian mekar. Menurut beliau, kerajaan akan terus tekal dalam usaha memelihara kebajikan rakyat…









