BANDAR BAHARU: Penggerak projek kuari batu yang beroperasi di Kampung Padang, Mukim Sungai Kechil, di sini didapati melakukan pelanggaran beberapa syarat kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, antara kesalahan itu adalah ketiadaan papan tanda yang menunjukkan tiga kolam sedimen dan label takat pelepasan akhir serta ketiadaan pegawai alam sekitar yang kompeten dilantik bagi mengawal selia tapak kuari. Menurutnya,…










