ALOR SETAR: Kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di negeri ini mencecah 74 peratus pada tahun lalu, sekali gus mengatasi kadar 71 peratus yang dicatatkan di peringkat kebangsaan. Pengarah Pendidikan Negeri, Ismail Othman berkata, peratusan itu kian meningkat dari tahun ke tahun, sama seperti pencapaian ditunjukkan dalam bidang akademik di negeri ini. Menurutnya, pencapaian golongan itu tidak boleh diperkecilkan kerana di Kedah juga, terdapat sembilan pelajar MBPK yang mencatat keputusan…










