PETALING JAYA: Kebocoran kapal KD Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipercayai berlaku ekoran pelanggaran objek bawah air. Bahagian Komunikasi Strategik Markas TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan, susulan pelanggaran itu, kapal berkenaan tenggelam sepenuhnya selepas mengalami kebocoran dan kebanjiran besar pada pukul 3.45 petang hari tadi. Katanya, kejadian berlaku ketika kapal berkenaan sedang melaksanakan penugasan operasi di posisi dua batu nautika tenggara Tanjung Penyusop, Johor. “Kebocoran yang mula dikesan…