JAKARTA: Pelakon, Kartika Putri, 33, menjadi sorotan netizen apabila bertindak memadam gambar-gambar lamanya di Instagram (IG).
Tinjauan portal Liputan6 mendapati isteri kepada pendakwah, Habib Usman Yahya itu mengambil tindakan tersebut selepas mengubah penampilannya yang sebelum ini sering berpakaian seksi, kepada bertutup litup dan memakai purdah.
Bahkan, pelakon cantik itu juga turut memadam sebahagian besar gambar-gambar di platform tersebut yang memperlihatkan wajahnya kepada umum.
Keputusan pelakon filem Tali Pocong Perawan 2 itu, yang dibuat selepas dia pulang daripada mengerjakan ibadah haji Jun lepas menerima reaksi positif netizen.
Rata-rata menyambut baik penampilan terkininya yang dianggap melambangkan imej Muslimah sejati.
“Saya cemburu dengan penghijrahan Kartika,” komen seorang pengguna IG.
“Indahnya proses Kartika ke arah yang lebih baik, semoga benar dan istiqamah,” komen seorang lagi pengguna aplikasi tersebut.










