Hartawan Britain antara hilang, kapal layar tenggelam

Kapal layar tenggelam, hartawan Britain antara hilang

KAPAL mewah diperyai belayar dalam cuaca buruk di pesisir pantai Sicily pada pagi Isnin sebelum subuh.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Hartawan British, Mike Lynch merupakan antara enam mangsa masih hilang selepas sebuah kapal layar mewah tenggelam ketika belayar dalam cuaca buruk di pesisir pantai Sicily pada pagi Isnin sebelum subuh.

Menurut BBC, kapal yang membawa 22 penumpang tenggelam namun 15 orang yang berjaya diselamatkan daripada bangkai kapal berkenaan manakala seorang disahkan meninggal dunia.

Dilaporkan isteri Lynch, Angela Bacares, antara 15 orang yang berjaya diselamatkan daripada bangkai kapal berkenaan.

Pasukan bomba memaklumkan operasi mencari diteruskan pada Isnin sementara Pengawal Pantai Itali mengetuai siasatan insiden itu.

Lynch, 59, merupakan seorang usahawan teknologi terkenal di Britain dan beliau membina empayar syarikat teknologi, Autonomy hingga dikenali sebagai Britain Bill Gates.

Namun  menjualnya kepada Hewlett-Packard dengan harga AS$11 bilion pada 2011, diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk dibicarakan atas tuduhan didakwa menaikkan nilai syarikatnya sebelum penjualan itu, kata laporan UPI.

Namun, sebuah mahkamah persekutuan di San Francisco kemudiannya membebaskan Lynch daripada 15 tuduhan penipuan pada 2022.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×