‘Kami tidak akan mengalah, jika masih ada lagi ikhtiarnya’ ‘Kami tidak akan mengalah, jika masih ada lagi ikhtiarnya’

‘Kami tidak akan mengalah, jika masih ada lagi ikhtiarnya’

BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kami tidak akan mengalah, jika masih ada lagi ikhtiarnya.”

Demikian kata Pegawai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Penguasa Kanan Bomba I, Alimaddia Bukri berhubung usaha anggota bomba mencari mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini.

Alimaddia berkata, matlamat utama pasukan penyelamat bagi memastikan mangsa warga India ditemukan. 

“Kami hargai orang ramai yang ambil berat terhadap keselamatan anggota bomba, namun matlamat utama pasukan penyelamat adalah mahu menemukan mangsa.

“Insya-Allah, kami akan cuba sedaya upaya tanpa mengenepikan keselamatan pasukan penyelamat,” katanya di sini hari ini. 

Alimaddia turut memuat naik video terbaharu berdurasi seminit yang memaparkan keadaan sebenar ketika operasi di lurang kumbahan.

“Beginilah keadaannya sebenar yang kami alami, risiko operasi jarang ditunjuk kepada umum,” katanya.

Mengulas lanjut, Alimaddia berkata, keselamatan semua petugas adalah di bawah tanggungjawab pihaknya 

“Biar kami tanggung risikonya kerana tanggungjawab yang kami pikul sebagai pasukan peneraju penyelamatan negara..

“Ada ketika kami tidak membenarkan ramai petugas masuk ke ‘ground zero’ kerana bahaya,” katanya.

Alimaddia berkata, ada banyak keadaan yang tak boleh dirakam kerana terlalu sensitif untuk dikongsikan kepada umum.

Ahad lalu media melaporkan anggota bomba terpaksa membuat selaman di dalam air kumbahan, arus deras dengan penglihatan terhad (zero visibility) serta akses kecil menyukarkan pergerakan dan pencarian mangsa.

Selesai melakukan selaman, pasukan penyelam terlibat akan melakukan ‘decontamination’ bagi mengelak sebarang bahaya atau penyakit yang mungkin tersebar di ruangan bawah tanah itu.

Anggota bomba tersebut turut menggunakan kelengkapan serta peralatan perlindungan diri (PPE) yang diperlukan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN