Kami hanya berkawan baik - Amir Ahnaf nafi bercinta dengan Angel - Utusan Malaysia

Kami hanya berkawan baik – Amir Ahnaf nafi bercinta dengan Angel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Amir Ahnaf menolak desas desus yang kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan anggota kumpulan Dolla, Angel.

Kata Amir, dia dan individu berkenaan hanya berkawan baik dan bukan pasangan kekasih seperti didakwa.

“Tak ada gosip. Saya dan dia hanya berkawan baik. Kami bestie.

“Saya pun tak tahu, mungkin dia sudah ada kekasih. Jadi jangan buat begitu (gosip). Khuatir teman lelakinya cemburu.

“Lagipun saya belum bersedia untuk bercinta, sebab kerjaya,” jelasnya.

Amir ditemui selepas Astro Wrap Party Kahar Kapla High Council semalam.

Khabar angin hubungan mesra antara dua selebriti ini semakin diperkatakan ramai selepas Amir hadir ke konsert Dolla Re:Birth The Experience pada 3 Ogos lepas.

Kata Amir, kehadirannya ke konsert berkenaan adalah sebagai tanda sokongan kepada kumpulan kegemarannya itu.

Amir dalam pada itu memaklumkan tidak akan mensia-siakan jika diberi peluang muncul dalam video muzik Dolla.

Kata Amir, sebagai peminat, dia berbesar hati jika dapat bekerjasama dengan kumpulan berkenaan.

“Saya adalah peminat Dolla sejak mereka kemunculan mereka dengan single pertama. Saya bangga kerana kita miliki kumpulan wanita yang boleh diketengahkan di peringkat antarabangsa.

“Saya akan sentiasa berikan sokongan kepada mereka. Kalau bukan kita, siapa lagi nak menyokong.

“Saya berbesar hati kalau diberi peluang muncul dalam muzik video mereka. Kalau ada, saya akan anggap itu sebagai satu pencapaian,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN