KUALA LUMPUR: Isu penindasan rakyat Palestin tidak seharusnya dijadikan sebagai mainan ‘sepak terajang’ politik bagi meraih kepentingan peribadi semata-mata.
Sehubungan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk tidak terbuai dengan slogan yang ‘lunak’ dan menggunakan isu Palestin sebagai kepentingaan politik sahaja.
Perdana Menteri berkata, isu tersebut melibatkan banyak nyawa yang terkoban dan pelbagai kemusnahan berlaku oleh kerana kekejaman dilakukan oleh rejim Zionis.
“Tidak mungkin untuk kita izinkan orang yang ada hati nurani menjadikan isu ini sebagai mainan sepak terajang politik, ia harus tuntas melakukan sedaya upaya menyelamatkan negara itu,” katanya ketika berucap di Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin (MM4AP) di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar hadir dan timbalannya, Dr. Zulkifli Hasan. – UTUSAN










