GUA MUSANG: Isu penerokaan hutan bagi tujuan pembalakan di Kelantan sudah terjaga dan tidak lagi menyusahkan masyarakat Orang Asli di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, situasi menunjukkan kerajaan negeri dapat menyelesaikan isu tersebut dari masa ke semasa.
“Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat perkara tersebut,” katanya
Mengulas lanjut, Mohamad Fadzli memaklumkan Kerajaan Negeri akan melihat setiap permasalahan yang dihadapai masyarakat Orang Asli.
Katanya, bagaimanapun Kerajaan Negeri tidak berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut.
“Hal ini kerana kaum lain di sini (Kelantan) juga mempunyai masalah yang perlu ditangani oleh kerajaan.
“Jika kita diberi peluang mendalami, menyelami, Insya-Allah kita akan ambil tanggungjawab kerajaan Kelantan kerana Orang Asli juga rakyat negeri ini,” ujarnya.-UTUSAN










