Gaji: Terengganu tunggu pengumuman Kerajaan Pusati

Gaji: Terengganu tunggu pengumuman Kerajaan Pusat

TENGKU FAFOK HUSSIN TENGKU ABDUP JALAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu mengambil pendekatan tunggu dan lihat cadangan untuk menyemak semula kenaikan gaji melibatkan kira-kira 14,000 penjawat awam di negeri itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalal berkata, setakat ini perkara itu masih belum dibincangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurutnya, kerajaan Terengganu akan melihat perincian kenaikan gaji penjawat awam di peringkat Persekutuan yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Ogos depan.

“Setakat ini kita belum bincang dengan Menteri Besar mengenai perkara ini. Kita tengok Perdana Menteri akan umum nanti. Kalau ikut sejarah dulu-dulu pun, apa yang diputuskan oleh Kerajaan Pusat tu selalunya kita (kerajaan negeri) akan ikut.

“Setakat ini, saya boleh beritahu macam itu sahaja,” katanya ketika ditanya mengenai langkah kerajaan negeri untuk menaikkan gaji penjawat awam seperti yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Pusat.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Terengganu Incorporated Sdn Bhd dengan Shizen International Inc untuk meneroka projek loji janakuasa solar di Terengganu di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kenaikan gaji penjawat awam di Terengganu memang sepatutnya disemak semula kerana ia sudah terlalu lama.

“Sebenarnya, kenaikan gaji akan beri impak yang baik kepada rakyat terutama kepada penjawat awam.

“Dengan situasi ekonomi semasa, harga barang dan faktor lain menyebabkan ada gaji penjawat awam yang boleh masuk kategori miskin bandar terutama di bandar-bandar besar.

“Kali terakhir semakan semula gaji (di Terengganu) pun lama dah, apa-apa pun kita akan tunggu dulu (pengumuman Perdana Menteri) dan selalunya kita akan ikut,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN