SUNGAI PETANI: Polis merampas satu laras senapang patah dan 15 butir peluru hidup selepas menahan dua lelaki di tepi jalan di Sungai Lalang, Bedong di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejayaan itu hasil tindakan pantas tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang membuat pemeriksaan selepas mendapati dua lelaki berumur 35 dan 58 tahun berada dalam keadaan mencurigakan. “Pasukan URB…










