Anggota polis selamatkan warga emas terjatuh tepi jalan

Anggota polis selamatkan warga emas terjatuh tepi jalan

ANGGOTA polis di Balai Polis Senawang merawat luka seorang warga emas yang terjatuh di tepi jalan di Senawang dekat Seremban semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang warga emas berusia 65 tahun yang cedera akibat terjatuh di tepi jalan di Senawang dekat sini diselamatkan oleh sepasukan anggota polis peronda Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam satu kejadian semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Yatim Osman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengahari selepas polis menerima maklumat daripada orang awam yang melaporkan seorang warga emas telah terjatuh di tepi Jalan Senawang 3.

Beliau berkata, ekoran laporan itu, sepasukan anggota URB dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban telah ke tempat kejadian.

“Pasukan itu telah pergi ke lokasi dan mendapati warga emas tersebut berada dalam keadaan selamat namun mengalami kecederaan ringan. Bantuan awal telah diberikan oleh anggota berkenaan di tempat kejadian.

“Bagi tujuan keselamatan dan kebajikan warga emas tersebut, bantuan kereta peronda telah tiba untuk membawa wanita itu ke Balai Polis Senawang,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Yatim menambah, setibanya di balai polis, anggota polis mendapati warga emas tersebut mengalami luka dan telah bertindak membersihkan kecederaan itu sementara menunggu waris hadir.

Jelasnya, waris wanita itu yang tiba di balai polis itu tidak lama kemudian telah membawa warga emas pulang ke rumah. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN