SUNGAI PETANI: Usia bukan penghalang buat seorang datuk kepada 15 cucu untuk menyemarakkan bulan kebangsaan melalui Kayuhan Merdeka Jelajah Semenanjung bermula 2 Ogos lalu. Menurut Che Saad Nordin, 74, dia telah melakukan 10 kali kayuhan sama sebelum ini dan akan meneruskan usaha itu bagi menyemai semangat cintakan negara kepada orang muda. “Ini cara saya untuk melahirkan semangat patriotisme dan cintakan negara yang mana saya turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang…










