Bentuk pelajar berjiwa merdeka, bebas daripada penjajahan Bentuk pelajar berjiwa merdeka, bebas daripada penjajahan

Bentuk pelajar berjiwa merdeka, bebas daripada penjajahan

PARA pelajar SMK Sri Perhentian menyertai program Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah di Pontian, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Perhentian di sini melancarkan program Sambutan Bulan Kebangsaan menandakan bermulanya sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, hari ini.

Pengetuanya, Rahayu Kamari berkata, beliau mahu menanam dalam minda para pelajarnya bahawa erti merdeka bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah tetapi melibatkan juga merdeka jiwa dan minda melalui empat aspek utama iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa.

“Generasi muda berhadapan dengan penjajahan alaf  baharu terutama pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi hari ini,” katanya dalam program itu.

Sebanyak 811 pelajar menyertai beberapa aktiviti yang akan diadakan sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan seperti pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Turut diadakan pertandingan membuat poster Jawi, kuiz sejarah secara bertulis dan spontan serta pertandingan mencipta payung berlatarbelakangkan kemerdekaan.

Rahayu memberitahu, setelah negara mencapai usia kemerdekaan 67 tahun, amalan mengibarkan Jalur Gemilang perlu dibudayakan kepada semua warga pendidik termasuk guru, pelajar dan ibu bapa.

Menurutnya, serentak dengan sambutan Bulan Bahasa, beliau berharap ia memberikan makna lebih besar kepada  golongan pelajar bagi sama-sama mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Tambah beliau, penganjuran kedua-dua program secara  serentak diharap terus memelihara perpaduan antara kaum serta  memperkukuhkan hubungan dalam kalangan pelajar berbilang kaum di sekolahnya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN